Abah... 20 tahun Dah abah pegi...
Hari ini 20tahun yang lalu, rupanya antara hari hari terakhir abah. Bila telefon, abah dah tak sedar.
Abah ajar taat pada suami bila dah berkahwin. Masa tu suami kata kita balik minggu depan. Uda ikut kata suami. Itu yang abah ajar.
Ralat Sebab tak dapat jumpa?....tidak. bila tahu ada tempat yang baik buat abah bila abah ajar macam tu.
Abah pegi tinggalkan Kami 3 Oct 1997. Hanya Allah tahu macam mana perasan panggilan telefon dari abang jam 8 malam 3 Oct tu.
Panggilan kedua yang sangat pedih. Abah dah tak ada lagi di dunia. Rohnya telah dijemput Allah taala untuk kembali kepadanya. Buat selamanya.
Hanya pagi sabtu dapat menatap susuk tubuh abah yang kurus kering Dan wajah abah buat kali terakhir. Abah banyak berubah dalam beberapa bulan selepas uda balik jumpa abah. Betapa cancer itu sangat kejam dengan abah
Abah... rindu kena marah dengan abah, rindu abah masak sayur sampai layu, rindu buah durian dari kebun abah, rindu buah tembikai dan mempelam yang abah beli penuhkan peti ais buat Kami anak anak abah... rindu lagu Hindustan dari kereta ford cortina abah yang abah gilap Dan repair sendiri selalu.
Hanya rindu yang Ada. Hanya memory yang masih tak hilang dari ingatan. Simpan rindu itu kerana di dunia ni Tak ada lagi abah macam abah. Hanya abah yang satu.
Hati baik. Kasih Sayang tak disebut tapi ditunjukkan. Sayang semuanya sekali walaupun Dua anak tirinya. Seperti anaknya sendiri.
Abah yang merendah hati, abah yang dikasihi, semoga Allah berikan syurga buat abah. Semoga Allah ampunkan dosa2 abah. Semoga abah tenang di sana.
Sehingga kita bertemu Nanti jika rezeki uda di jannah yang sama dengan abah.
Al fatihah buat abah. Abdul wahab bin Abdul raof. 💖